TENGKU AHMAD ZAINAL ABIDIN IBNU ALMARHUM TENGKU ABDUL KADIR KAMARUDDIN SYAH
Baginda adalah putera kepada Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Syah ibnu al marhum Tengku Sulaiman Sharifudin Syah ( Long Bongsu). Ayahda baginda adalah Raja Pattani yang terakhir, manakala Bonda baginda adalah Tengku Maryam Kembang Puteri, anakda kepada Sultan Mansur (Sultan Muhammad IV). Sultan Muhammad IV telah megurniakan kepada baginda gelaran Tengku Sri Akar Raja dan melantik baginda menjadi setiausaha sulit kepada Sultan Muhammad IV. Baginda mempunyai ramai isteri termasukah Wan Maryam binti Wan Ali yang berasal dari Kampong Surau, Pekan, Kelantan. (Nama Pekan telah diubahsuai oleh Ali b Mohamad @ Tok Gawo Ali menjadi Pasir Pekan seperti yang digunakanpakai pada hari ini). Wan Ali adalah seorang saudagar dan pengusaha kain sarong tenun yang kaya. Wan Ali mempunyai sebuah kapal bernama Bintang Timur. Pada tahun 1926 kerajaan Kelantan telah menyewa Kapal Bintang Timur Kepunyaan Wan Ali untuk digunakan dalam kerja-kerja membantu mangsa Banjir. Hasil dari perkahwinan baginda dengan Wan Maryam, baginda dikurniakan dengan 2 orang puteri iaitu Tengku Muniratussaniah dan Tengku Mahahi. Berbekalkan modal harta peninggalan Bonda baginda Tengku Maryam Kembang Puteri ( diceritakan bahawa seghuri biji getah telah dibeli dengan harga seghuri emas) dan dengan bantuan Wan Ali, baginda telah mengusahakan sebuah Estate Getah berkeluasan 3 ribu ekar di Batu Mengkebang, Kuala Krai. Semasa baginda mangkat pada tahun 1950an, baginda meninggalkan harta pesaka yang dianggarkan bernilai RM 2 juta. Sebagai menghargai jasa Wan Ali membantu baginda mengusahakan Estate Batu Menkebang, baginda mewasiatkan supaya sebahagian besar Estate Batu Mengkebang hendaklah diberi milik kepada cucu Wan Ali iaitu Tengku Muniratussaniah dan Tengku Mahani, baginda juga berwasiat supaya baginda dimakamkan di Kampong Surau, Pekan (hari ini dikenali sebagai Pasir Pekan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan